Tuesday, 3 June 2014

Apakah?



Setiap manusia ada perasaan. Semua orang ada. Kadang kadang aku pikir, aku ni tak berhak nak bahagia ke? Aku ni berguna ke untuk semua orang? Apa yang aku buat, ada je yang salah. Apa yang aku buat takde pon nak hargaai. Siapa aku ni? Tak penting agaknya. Bila aku jatuh, bukan nak bagi aku semangat. Lagi menjatuhkan semangat aku untuk berusaha. Aku tak paham dengan semua ni. Aku hanya boleh sabar, sabar dan sabar. Sampai bila pon aku tak tahu lahh :') Aku ni bukan lah pandai atau cantik pon kan. Aku tahu, aku ni biasa biasa je. Nak kata baik tu, biasa je. Macam orang lain. Cuma aku jenis "LAMBAT" bertindak. Aku tak tahu lah.Nak kata aku buat buat?Hotakk kau.Buang masa aku nak buat buat lembab camtu. Apa yang jadi aku pon tak tahu. Otak aku lambat memproses.Aku paling tak suka part orang suruh amekkan something yang memang ada dekat situ, dia tunjuk tunjuk. Time tu, aku memang lembab kalau aku tak jumpa. Bengang rasanya. Sedangkan benda tu dekat je pon dengan aku. Cuma aku blur. Itulah yang selalu berlaku. Haihhh. Kadang kadang bila aku cuba berubah, takde sape pon yang kesah tentang aku. Rasa mcm nak lari je. Lari dari semua nii. Lari jauh, jauhh sangat. Siapa kesahkan? :') Banyak dugaan yang aku tempuh dalam hidup ni. Takpelah, dgan semua  ni, aku boleh tanamkan perasaan sabar dalam diri aku. Ada manfaatnya buat aku kan? Tak semua yang kita nak, akan dapat. Tak semua. So, keep calm and be a strong girl. Yeahhh!








Thursday, 15 May 2014

OverConfident


Aku rasa 1 bulan, sekali je aku update blog ni. hahaha. busy sangat. SANGAT sangatlah kan. Bestnyaa, update blog sambil dengar lagu yang agak jiwang -.- radio ah ni. Boleh pulak dia putarkan lagu lama lama. Layan perasaan betul. Hm. Sayangg nyaaa markah sejarah aku :( seriously aku menyesal :( Ni semua disebabkan terlalu overconfident dgan jawapan. Last last, amekkau. 3x3 je markah aku dari 35 soalan. Teruk sangat :( Bukan aku tak baca buku. Aku bacaaa cuma tersalah nengok soalan je. Aku tak perasan gila yang no dekat situ berulang. Aku syok je menjawab kononnya semua yang aku jawab tu dah betul. Padahal.Haishh. lain jadinyaa. Isnin ni dah exam mid year. Fomat dia. Aduhai. Terbaik ahh. Dah takde soalan objektif kecuali geo dgn sejarah je. Yang lain semua perah otak, baca buku. Soalan subjektif, keluar soalan form 1-3. Hahahahaaa. Bersyukurnya! Jangan tersalah nengok soalan lagi sudahlah kan. Aku takot aku merosot je utk mid year ni. Math tu, makin lama makin low. Haishh. Bm peribahasa lagi. Erkk. Aku blur bila kena cari grammar, peribahasa ni. Kena banyak baca dan paham. Aku aku aku bab baca membaca ni kena ada mood. Hm. Kena ada mood jugak nak exam weh~ Tadi baca peribahasa kjap je. Bila dah pegang phone, memang ke mana mana lah aku. Jadi jadi jadii, aku malas nak type panjang lebar. Esok ada kelas -.- kbye.

Saturday, 12 April 2014

April :)


Selamat datang april :) selamat datang dalam hidup aku. Lol. makin busy aku sekarang ni. So jarang lah mengupdate blog. First of all, syukur Alhamdulillah result aku utk UK1 kali ni memuaskan hati parents aku. Kita boleh berada di atas, dan kekadang berada di bawah. Don't worry, pasti ada satu keajaiban akan berlaku kalau kita berusaha untuk dapatkn sesuatu. Percayalah. Terharu rasanya bila dngar mak aku bagi kata kata semangat dekat aku. Terasa bermakna sangat. "Pedulikan orang yang nak mengata kita, nak kutuk kita, biarlah dia. Tak semua orang suka dengan cara kita. Kita tak payah nak balas balik. Biarlah kita dengan hidup kita" hihii *nangis* Sorry dear mum, anakmu yang sorang ni sungguh "cengengg" semua nak touching. hihihi :)




 Alhamdulillah jgak sbb kawad kaki pandu puteri dapat nombor 1. Tak sia sia dengan usaha dan kerjasama satu pasukan. Apa apa yang kita buat dengan usaha yang sungguh sungguh, insyaAllah akhirnya nanti akan membuahkan hasil. Hasil yang sungguh mengembirakan :) eh, sekarang ni aku suka gegila dan terobses dah dengan lagu noktah // hazama ni. Lepas dengar dia nyanyi lagu tu, terus dengar ulang ulang <3 sedapp weh. melting ting tingg k. hihihii. tapii, aku yakin yang dia still tak percayakan aku thap A punya (80% keatas) Aku suka gurau dengan dia yg kadang kadang menyakitkan hati. hihihi. Tapi, memang takde maksud pon gurau aku tu. Tak tahulah kalau dia amik series sampai nak tanya kawan akuu and bla bla bla -.-  Hm. Muka aku ni nmpak mcm pencurang ke? *nengok cermin* biasa je. hikhikhik >< Eh, malam ni running man. Lee Kwang Soo! Lee Kwang Soo! Lee Kwang Soo! hihihi. peminat tegar dia nii. Walaupun over, kalau takde dia, pasti bosan sbb takde sape nak buat lawak. hiihi. k.

Friday, 21 February 2014

Lol :3




"Jika kau mencintaiku, biarkan lah aku tahu. Tapi jika tidak, tolong biarkan aku pergi"



Lol. Kenapa lah aku nih lemah? Kenapalah aku nak tersentuh hati dengan perkara yang kecil? Kenapaa? Aku tak tahu lah kenapa dengan aku ni. Aku jarang menangis sebab lelaki. Series. Kalau ada pon, time putus je.Tapi kenapa aku selalu menangis sebab dia? Kenapa hati aku mudah tersentuh dengan perkara yang kecil? Bila aku rindu, aku nangis. Bila ada sesuatu yang tak kena, aku nangis. Banyak kali jugaklah aku menangis. Dia tak tahu apa yang aku rasa. Aku selalu sembunyikan perasaan aku. Biarlah. Biarlah aku seorang yang tahu bila aku rindu, sakit hati sebab apa dan sebagainya. Hahaha. Peminat? Ok. Aku takda hak nak halang dia utk buat apa apa. Peminat dia, suka hati dia lah nak suka ke, nak care ke. Itu hak dia. Bukan aku. Hahaha :') Terima kasih sebab cakap dia handsome. Terima kasih. Mesti dia kembang bila ada orang kata dia handsome. Hahhaa. k. Agrhhh! Esok adalah hari pertama kelas tambahan. Maklumlah. Budak periksa lah katakan. Kawan aku semua sibuk bertanya "esok kau pakai baju apa? tudung apa?" semua duk tanya. Termasuklah aku. aku sebenarnya berat hati nak pergi. Tapi disebabkan benda ni wajib dan hanya boleh cuti 3 kali je, so kenalah datang walaupun tak rela nak pergi :( dah lama tak berkelas tambahan. Last time darjah enam. Bagi aku, time tu lah paling best. Semua ok ok je. Sekepala je semua. Hihihi. Tak lama lagi bulan 3. Aku rasa aku busy dan jadual aku padat dalam bulan 3 nnti. Macam macam lah yang ada. Tempuh je lah segalanya fatima. Ini je kot yang aku nak tulis. Kbye.


Friday, 24 January 2014

Nothing



Holaaa holaa. hekhek. jyeah! yeah! terbaikkk! hw? hahaa. already done. Today, hw aku dah siap. Happy semacam je nampaknya kan? Hahhaa. Act, jarang aku siapkan hw awal awal ni. Usually, hw semua buat last minute. Wkwkwk x) Erm. erm. erm. Setiap cuti, aku akan update blog. So, aku akan cerita pasal seminggu punya cerita ok? Hari rabu masa tu. hm. perasaan aku mula tak sedap haritu. Macam macam yang aku pikir. Dah lah time tu ada koko. Balik lambat pulak. Kena buat pbs math. dah lah tak paham. Kena buat ulangan pbs sejarah lagi. Senang cerita, kusut gila hari rabu. Macam macam perasaan ada time tu. Kenapa hati aku kuat mengatakan yang cerita lama aku akan berulang lagi? Kenapa nthh hati aku asyik pikir yang dia akan cari orang lain? Lol. i'm get jealous when i stalk your social acc. Yeahh. Aku pon tak tahu lah apa yang aku jeles kan sebenarnya. Perasaan aku, hati aku. Hm. Whatever. Hoihoi. I successfully forget about him (marvin). You know why? Time tu kawan aku bising gilaa sebut nama aku time si marvin ni lalu. Seriously, aku memang tak perasan gila dia ada time tu. Aku pon pelik jugak asal lah kawan aku bising sangat sebut nama aku depan budak budak nii. Rupo ruponyoooo marvin di depan mata je. Aku memang tak perasan langsung. Then, bila terserempak dengan dia, syukur alhamdulillah aku dah mula buang perasaan "SUKA" ni dekat dia dan akan menggantikannya dengan perasaan "KAWAN". hoho. boleh punya. boleh. kelas dah jauh. rehat tak sama, jarang jumpa, so senang lah untuk buang perasaan "MINAT" tu. Hahhaa. eh, kata dah taknak amek kesah psal dia lagi? Ishh. memang lah. Aku dah mula lupakan dia. Boleh pon sebenarnya :) Tapi kena ada pengganti lah. It's okay. Aku dah ada >< hekhek. sekelas lagi. ehh? takdelah. kawan je. hihihhi. oklah. never mind. bye!

Friday, 10 January 2014

Tinggalkan aku :')


Hahaha. Sabar lah wahai hati :') Baru je semalam nak gembira. Harini, baru dapat cerita yang sebenarnya. Syukur Alhamdulillah sbb aku dah tahu siapa yang dia suka selama ni. So, takdelah aku nak perasan or nak mengharapkan dia lagi. Segalanya sudah terjawab. tak sangka pulak dia suka akk tu dari dia form2 dulu. Lama kot? Time dia form 2, aku form 1. Hmm.  Segala kata kata manis dia selama ni utk aku semuanya dusta lah kan. Hahaha. Tertipu lagi lagi lagi dan lagi. Apa lagi seterusnya? Adakah aku akn terus ditipu oleh lelaki yang suka mengeluarkan kata kata manis? No marvin anymore. I'll try to forget everything about you. Malah, kata kata yang kau kata dkat aku semalam pon, i'll try to forget about it. Tak sangka betol. Hahaha. Semalam, sungguh aku happy chat dgan dia. Last last, haha k. aku malas nak cerita sebab apa kan. Aku taknak kacau kau lagi. Aku tak akan amek kesah pasal kau lagi. Kali ni, aku ada alasan yang kuat untuk lupakan kau. Hidup aku memang penuh dengan penipuan ke? lepas ni sape lah pulak. Tak sanggup bhaii nak terima semua ni bila kena tipu . Terasa diri ni terlalu bodoh sebab terlalu percayakan ayat ayat manis yang semuanya dusta semata. Aku akan lupakan kau. Itu janji aku. InsyaAllah i will :')

Friday, 3 January 2014

New year, new life :')

                                          



 "New year, new life" Aku tak sangka pulak yang aku dapat sekelas dengan "dia" Sejujur nya, bukan aku tak suka dia sekelas dengan aku. Cuma aku tak "bebas" nak berbual, nak ketawa, nak buat bising depan dia. Sepanjang dua hari aku bersekolah ni, aku asyik senyap je. Aku masih tak berani lagi nak keluarkan suara aku macam dlu. Kadang kadang, aku stress jgk. Aku bukan suka sangat bila aku senyap ni. Actually, aku mmg boleh berbual. Cuma nak berbual dgan lelaki tu aku kena pikir bnyak kali. Dia jeles. And, aku taknak dia jeles. Bila dia jeles, dia akan bosan. Bila dia bosan, dia akan cari orang lain. Please lah. Aku taknak cerita dlu berulang lagi dalam hidup aku. Azam aku cukup tinggi tahun ni. Aku taknak jadi orang yang lemah. Aku nak bagkit balik. Kenangan 2013, banyak mengajar aku untuk berubah :') Kadang kadang, aku yang jeles bila dia memekak dekat belakang dengan perempuan lain. Aku cuba nak fokus time cikgu ajar. Bila sekelas dengan dia, aku asyik nak jaga hati dia je. Perasaan aku sendiri melayang layang woii. Dia ada kata dkat aku yang dia jeles bila aku satu group dgan sorang laki yg kononnya pernah suka kan aku dlu. Aku tak pernah ada perasaan pon dekat lelaki tu. Walau seramai mana pon budak budak ni sukakan lelaki tu, aku akan anggap dia sebagai kawan aku. Aku tak pernah anggap dia lebih dri kawan sejak dia masuk klas aku mula mula lagi. For now, memang banyaklah cerita yang aku dgar ttg ramai budak yang suka laki tu. Sbb bagi aku, ada lah satu sbb yang aku tak berapa suka dgan sikap dia. Aku cuba terangkan dkat dia semalam. Tapi, dia mcam percaya tak caya je. Lepastu, terus tukar topik lain. Dalam masa dua hari bersekolah ni, ramai jgak budak baru masuk sekolah aku. Aku tanya dia semalam dah jumpa bdak baru kelas del tu? tak lama tu aku off sbb dah pkol 12 lebih. Esok paginya aku bkk msg. Dia kata belum. kenapa cantik ke? mcm tu lah ayat dia. Tiba tiba aku touching + badmood. Hm. Aku tak tahu lah kenapa aku asyik badmood je akhir akhir ni. Sbb kita sekelas ke? sbb marvin dah tak amek peduli ttg aku ke? hah, skrang ni marvin mula jauhkan diri dia dari aku. Aku tak tahu lah kenapa. Bila aku nampak dia hari khamis tu, aku nngok dia dah lain dah. Makin tinggi dan lansung langsung langsung langsung tak pandang aku walaupun aku ada dekat tepi. Terasa gila time tu. Lpastu, bila masuk kelas terus badmood dan sampai lah malam time aku msg dgan "dia" Aku tak tahu macam mana aku nak fokus. Bila hati dan otak asyik pikir pasal "cinta" "cinta" "cinta" dan "cinta" Haloooo! Come on fatima! Fokus untuk belajar! kau nak PBSMR tahun ni. Bahgiakan parents kau. Bangkit balik. InsyaAllah ya Allah. Aku akan usaha :') K dahh lah. Asyik bercerita je. Nak baca novel pulak "Cempaka Putih" tingkatan 3 punya novel. Aku belum baca lagi. Teruk tak teruk lah kan x3 Terima kasih membaca walaupun, takde siapa yang kesah ;D Jemput datang lagi k ;)